Dafi & DFC @ Sungei Wang Plaza
Published by Dafi inSerombongan VID & Dafinites menunggu di Stesen Putra Kelana Jaya seawal jam 10 pagi untuk bertolak bersama-sama ke Kuala Lumpur.
Atas dua tujuan, pertama menghadiri mesyuarat DFC pada sebelah tengahari dan sebelah petang bersama memeriahkan "Pertandingan Pasangan Romantis Rafflesia". Mesyuarat DFC bagi membincangkan agenda DFC seterusnya [top secret].
Pertandingan Pasangan Romantis pula melibatkan Dafi & Diana Danielle sebagai juri untuk memilih juara dari lima calon pasangan paling romantis. Pasangan dikehendaki menyanyi lagu "My Heart' dan juga si lelaki dikehendaki meluahkan rasa cintanya kepada pasangan masing-masing. So, kami berpeluang mendengar lima version lagu "My Heart' dengan pelbagai aksi lucu. Hadiah lumayan! Koleksi barang kemas bernilai Sekitar RM100 ribu untuk kesemua hadiah [dari johan sampai la tempat ke lima dapat hadiah]
Sebagai bonus, selepas pertandingan...Dafi menyanyikan lagu "Bila Terasa Rindu" dan diikuti dengan duet bersama Diana dengan lagu "My Heart-Versi Ke Enam"...hahhahah.
Apa yang dapat kami simpulkan disini ialah...ini merupakan persembahan terbaik Dafi setakat ini. Suara Dafi semakin matang dan amat membanggakan kami. Ternyata populariti Dafi masih kukuh kerana...di hadapan pentas tersebut dipenuhi oleh jeritan Dafinites yang tiada hentinya. Berdiri dari jam 3 petang sehingga jam 5 petang tidak dirasai langsung kerana semangat DFC menguasai ruang legar Kompleks membeli belah Sungei Wang. Bila Dafi naik pentas jer...berkelip2 flash kamera sampai lagunya habis.
Diana? Wow...she's even more beautiful in person. She have this wonderful smile dan sangat peramah melayan peminatnya [yang rata-ratanya Dafinites jugak]. About the duet, dafinately ada magic. Both of them having fun on stage. Ditambah pula, Dafi dan Diana meniru aksi peserta-peserta pertandingan semestinya membuatkan persembahan mereka lebih menarik dan mencuit hati penonton. {mesti idea Dafi nih]
Selepas event, Dafi seperti biasa akan diserbu wartawan-wartawan dan selepas itu sempat meluangkan masa bersama Dafinites yang hadir. Thanks to Encik Achmal kerana kesudian memberikan peluang untuk Dafinites beramah mesra dengan Dafi sebelum pulang. Rombongan DFC menghantar Dafi sampai ketempat parking !! Bayangkan lebih daripada 20 orang escort...maunya tak riuh dibuatnya.Akhir sekali Dafi sempat buat pengumuman...

Dafi memberitahu yang dia akan mula belajar esok dan Dafi akan masuk studio disebelah malam bagi merakamkan single keduanya. Dengar2...lagu ni bakal meletup nanti. Anyways, we did wish Dafi "Good Luck" on behalf of others yang x dapat hadir.


